Selasa, 6 September 2011

Maklumat Tersembunyi Yang Terdapat Pada Logo Terkenal


CARREFOUR
Logo tersebut melambangkan perkataan Carrefour melalui dua anak panah berlawanan. Mereka juga menambah huruf pertama dari perkataan Carrefour pada logo tersebut. Jika dilihat dengan telitianda akan melihat huruf C di ruangan negatif antara dua anak panah.


FORMULA 1 
Pada awalnya, logo ini mungkin nampak biasa. Tetapi jika dilihat dengan teliti, anda akan dapat melihat nombor 1 dalam ruangan negatif antara F dan garis-garis merah.


SONY VAIO
Sony Vaio merupakan salah satu jenama laptop yang terkenal di dunia. Logo Vaio juga mempunyai maksud yang tersembunyi. Dua huruf pertama mewakili  isyarat analog asas. Dua huruf yang terakhir  kelihatan seperti 1 dan 0, mewakili isyarat digital.


SUN MICROSYSTEMS
Logo Sun adalah salah satu ambigrams paling terkenal di dunia. Anda boleh membaca nama jenama ini pada setiap arah, baik melintang dan menegak. Logo ini direka oleh Vaughan Pratt profesor dari Universiti Stanford.


AMAZON.COM
Logo ini nampaknya tidak menyembunyikan apa-apa maksud pada pandangan pertama.Coretan kuning kelihatan seperti senyuman memberi maksud Amazon.com ingin memberi kepuasan kepada pelanggan mereka. Coretan ini juga menghubungkan huruf a dan z yang bermaksud kedai ini mempunyai segala-galanya dari a hingga z.

1 ulasan:

.::: mr IQ :::. berkata...

menarik utk diketahui.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...